December 17, 2008

Malam-malam

MALAM-malam..

*10.20 p.m. - Dinda borak-borak dengan si, H
di yahoo messenger. Geramnya Dinda dekat dia. Dia cuba menyatakan sukanya dia pada Dinda. Tapi..Dinda mesti la kena jual mahal. Bagi H rindu sikit dekat Dinda. Rindu Dendam!
*10.45 p.m. - Dinda baru habis borak. Amboi. Gerammnya.
Panggil sayang pula. Dinda tetap seperti keputusan Dinda. Walaupun H agak kacak. Dinda sabar. Jual mahal. Nanti kalau Dinda jumpa H baru Dinda buat keputusan.
Gerammm.
*10.53 p.m.Dinda mengantuk. Rasa ingin lena. Dinda perlu tidur awal. Esok Dinda ada kelas. Takut lambat bangun pula. Dinda harap tidur Dinda dibuai mimpi indah, dan selamat adanya.


Waktu : 10.55 p.m.

Munajat Cinta

Munajat Cinta


Malam ini ku sendiri. Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam yang sudah-sudah
Hati ini selalu sepi. Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini yang selalu pupus
Tuhan kirimkanlah aku.Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku apa adanya
Mawar ini semakin layu. Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini. Semakin pupus


Waktu : 7.43 p.m.

Hari Ini [Part 2]

Hari ini..

*4.43 p.m. - Dinda menonton TV tadi. Dinda tidak tidur
petang pun tadi. Rancangan TV pun apa-apa aja entah.
*5.00 p.m. - Dinda bersms2 bersama rakan-rakan Dinda
sambil menonton. Dinda grab biskut saja untuk kelapangan.
*6.30 p.m. - Mama Dinda balik. Dia tidak tanya pun apa-apa
tentang kelas Dinda. Tidak apa. Dinda dah biasa. I just say thanx.
*6.45 p.m.Dinda ke dapur. Dinda cerita pasal kelas harini.
Memang seperti Dinda sangka. Cih. Dia bukan kisah. Tidak apa. Dinda pun malas.
*6.55 p.m.Dinda 0n9 PC untuk menulis blog kesayangan.
Sambil mendengar lagu-lagu. Dinda suka lagu yang easy-listening. Tenang.
*7.00 p.m.Wahh. Dinda terbau sesuatu. Sedapnya.
Tapi Dinda tau bukan Mama yang masak. Dia balik kerja beli lauk terus.
hemmm.
*7.10 p.m.Dinda tertanya-tanya ya. Kenapa sungguh bosan.
Padahal Dinda ramai teman. Tapi Dinda tau. Mereka akan cari Dinda kalau mereka ada masalah. ITU SAHAJA. Dinda tiada teman lelaki. Tapi Dinda ramai rakan lelaki.Dinda tidak tahu mereka benar-benar suka pada dinda. Atau Dinda hanya mainan?


Waktu : 6.55 p.m.

Hari Ini [Part 1]

Hari ini..


°7.00 a.m. - Bangun. Dinda bersiap ke kelas. Sarapanku hanyalah sekeping roti dan segelas air suam. Tiada apa yang mewah.
°8.15 a.m. - Perkara yang dihadapi setiap perempuan. RAMBUT. Rambutku tidak lurus mahupun kerinting. Tetapi Dinda menghadapi kesusahan menguruskannya.
°8.45 a.m. - Hari-hari biasa. Kakakku masih lagi dalam lena. Sorang di sofa.
Sorang dibiliknya. Dinda tidak tahu lah mereka ini.
°9.00 a.m. - Basku dapat tepat pada waktunya. Tiada apa yang menarik pagi ini.Cuma orang-orang dalam bas asyik melihat rambutku seperti CLEOPATRA.
°9.15 a.m. - Kelas berlangsung sampai pukul 12.30 nanti.
°12.30p.m. - Dinda menghubungi B. Dinda sangka dia masih nyenyak. Tapi dia sudah berada di tempat lain. Apa dayaku. Baru ingin ajak minum-minum.
°12.45p.m. - Panasnya harini. Dinda berjalan mendapatkan bas. Selepas 13 minit baru bas yang ditunggu tiba.
°1.05 p.m. - Wah. Penatnya untuk tiba dirumah Dinda. Nasib baik dapat mencuci mata. Ada mamat ensem rupanya naik sekali :D
°1.18 p.m. - Mamat ini turun sama stesyen. Sayangnya..kawasan lain.
°1.12 p.m. - Benar sangkaanku. Kakakku ini semua membuta sampai ke tengahari.Cis.Dinda menyiram badanku sedikit.Panas.Sungguh Malaysia ini panas.
°1.33 p.m. - Perut menyanyi sudah..Apalagi. Dinda mendapatkan seketul ban roti dan 3 ketul drummet. Goreng sendiri lah.
°2.00 p.m. - Dinda tiada apa-apa untuk dibuat. Sumpah bosan. Dinda sms si A, ada date katanya. Cis. Awek baru la tu agaknya. Si M, pun samalah.Kerja.
°2.19 p.m. - Dinda dengan boringnya, meng0nkan PC ku dan TV. Rancangan TV juga agak bosan. Astro asyik ulang cerita yang sama. Dinda 0n9 MS ku.
Seperti biasa. Reply komen dan approve rakan. Tapi Dinda tetap bosan.
°2.39 p.m. - Bo, orang lain pula. Menghubungi Dinda, cih ku sangkakan apa. Rupanya Dia mintak Dinda datang ke kelasnya esok untuk menghantar topinya.
°3.21 p.m. - Penat Dinda berbual dengan Bo. Hemm. Dinda agak boring. Dinda ingin off9..Mungkin Dinda akan lena..
Malam nanti Dinda akan sambung semula cerita Dinda untuk HARI INI


Waktu : 4.00 p.m.

 
http://hidupaku909.blogspot.com