Hari ini..
°
7.00 a.m. - Bangun. Dinda bersiap ke kelas. Sarapanku hanyalah sekeping roti dan segelas air suam. Tiada apa yang mewah.
°
8.15 a.m. - Perkara yang dihadapi setiap perempuan.
RAMBUT. Rambutku tidak lurus mahupun kerinting. Tetapi Dinda menghadapi kesusahan menguruskannya.
°
8.45 a.m. - Hari-hari biasa. Kakakku masih lagi dalam lena. Sorang di sofa.
Sorang dibiliknya. Dinda tidak tahu lah mereka ini.
°
9.00 a.m. - Basku dapat tepat pada waktunya. Tiada apa yang menarik pagi ini.Cuma orang-orang dalam bas asyik melihat rambutku seperti
CLEOPATRA.
°
9.15 a.m. - Kelas berlangsung sampai pukul 12.30 nanti.
°
12.30p.m. - Dinda menghubungi
B. Dinda sangka dia masih nyenyak. Tapi dia sudah berada di tempat lain. Apa dayaku. Baru ingin ajak minum-minum.
°
12.45p.m. - Panasnya harini. Dinda berjalan mendapatkan bas. Selepas 13 minit baru bas yang ditunggu tiba.
°
1.05 p.m. - Wah. Penatnya untuk tiba dirumah Dinda. Nasib baik dapat mencuci mata. Ada
mamat ensem rupanya naik sekali :D
°
1.18 p.m. - Mamat ini turun sama stesyen. Sayangnya..kawasan lain.
°
1.12 p.m. - Benar sangkaanku. Kakakku ini semua membuta sampai ke tengahari.Cis.Dinda menyiram badanku sedikit.Panas.Sungguh Malaysia ini panas.
°
1.33 p.m. - Perut menyanyi sudah..Apalagi. Dinda mendapatkan seketul
ban roti dan
3 ketul drummet. Goreng sendiri lah.
°
2.00 p.m. - Dinda tiada apa-apa untuk dibuat. Sumpah bosan. Dinda sms si
A, ada date katanya. Cis. Awek baru la tu agaknya. Si
M, pun samalah.Kerja.
°
2.19 p.m. - Dinda dengan boringnya, meng0nkan PC ku dan TV. Rancangan TV juga agak bosan. Astro asyik ulang cerita yang sama. Dinda 0n9 MS ku.
Seperti biasa. Reply komen dan approve rakan. Tapi Dinda tetap bosan.
°
2.39 p.m. - Bo, orang lain pula. Menghubungi Dinda, cih ku sangkakan apa. Rupanya Dia mintak Dinda datang ke kelasnya esok untuk menghantar topinya.
°
3.21 p.m. - Penat Dinda berbual dengan Bo. Hemm. Dinda agak boring. Dinda ingin off9..Mungkin Dinda akan lena..
Malam nanti Dinda akan sambung semula cerita Dinda untuk
HARI INI
Waktu : 4.00 p.m.